Dari kanan ialah YB Gwee Tong Hiang, Sdr. Wee Jon Leong dan YB Dr. Mohammad Taslim
Papan Tanda yang dipasang oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor
MUAR – “Sangat kesal dan terkejut,” hanya itu yang mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang bersama-sama dengan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri, Sdr. Wee Jon Leong apabila mendapati kawasan hutan paya bakau telah diceroboh.
Gwee Tong Hiang berkata, kawasan tersebut yang terletak di Tanjung Ketapang, Muar itu sudah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal oleh Pengarah Perhutanan Johor.