诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Tuesday, June 3, 2008

Taman Rekreasi Kesang Terbiar

DATARAN Taman Rekreasi Kesang sunyi tanpa kehadiran pengunjung.

MUAR 2 Jun - Taman Rekreasi Kesang yang terletak di pintu masuk sempadan Melaka-Muar di sini pernah menjadi kawasan pelancongan yang cukup dikenali dan menjadi tumpuan keluarga menghabiskan cuti pada hujung minggu.

Namun, taman tersebut kini seolah-olah terpinggir dan terbiar selepas tiada usaha untuk memulihara dan membersihkannya dilakukan oleh pihak berkaitan.

Senario itu turut dikongsi bersama oleh para pengunjung taman rekreasi itu yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap kedaifan kemudahan dan kebersihan kawasan tersebut yang tidak dijaga dan menyakitkan mata memandang.

Rata-rata mereka berpendapat, taman rekreasi itu yang sepatutnya menjadi lokasi untuk keluarga menghabiskan masa lapang kini tidak lagi mampu menjadi tarikan ramai pengunjung.

Antara kemudahan terbiar itu ialah tandas awam yang begitu kotor serta berbau dan peralatan di taman permainan kanak-kanak seperti papan gelongsor dan buaian yang rosak.

Tinjauan orang ramai di taman rekreasi berkenaan baru-baru ini juga mendapati keadaan kawasan itu kelihatan suram dan tidak ramai pengunjung walaupun masih berdiri megah mercu tandanya iaitu beca gergasi yang suatu ketika dahulu pernah menarik perhatian mereka untuk datang ke situ.

Bahkan, apa yang lebih menyedihkan lagi apabila hanya beberapa kedai menjual makanan dan kraftangan sahaja dibuka dan keadaannya seperti ‘hidup segan mati tak mahu.’

Seorang pembantu tadbir, Yahya Madon, 43, dari Kundang Ulu, di sini berkata, keadaan taman rekreasi itu kini jauh berbeza berbanding ketika ia mula dibuka beberapa tahun dahulu.

Katanya, dahulu ketika baru dibuka, tempat rekreasi itu sentiasa ceria, bersih dan kemudahan taman permainan kanak-kanak selamat digunakan.

‘‘Macam mana hendak tarik ramai orang jika keadaan seperti tandas berbau, rumput tidak ditebas, sampah di sana-sini dan lebih menyedihkan apabila malam tempat rekreasi ini gelap-gelita.

‘‘Sekiranya keadaan ini dibiarkan tanpa apa-apa perubahan, tidak mustahil suatu hari nanti, lokasi ini hanya tinggal nama sahaja,’’ katanya.

Seorang pelajar, Mohamad Shafik Sulaiman, 17, dari Tanjung Gading berpendapat, golongan muda kurang berminat untuk menghabiskan masa di tempat rekreasi tersebut memandangkan kawasannya yang suram.
‘‘Kebanyakan remaja lebih gemar ke tempat yang ramai orang seperti di Tanjung Emas dan paling tidak pun menghabiskan masa di kedai makan,’’ katanya.

Seorang lagi pengunjung, Latifah Nor Alias, 41, pula berkata, tempat rekreasi tersebut mampu menyerlahkan keistimewaannya yang tersendiri jika pihak berkuasa bijak merangka program untuk membangunkan kawasan itu
.
‘‘Walaupun saya bukan anak jati Muar, tetapi saya yakin tempat rekreasi ini akan lebih meriah sekiranya pelbagai program dan acara diadakan di sini untuk menaik taraf tempat ini,’’ ujarnya.
Tambahnya lagi, segala kemudahan yang ada di sini juga perlu dibaik pulih dan dijaga dengan rapi, dan cara itu sekali gus dapat menjana perniagaan di kawasan tersebut.

0 comments: