Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM 100 Setiap Tahun.
UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa program penghargaan warga emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu mengalih kepada program Rakan Anti-Miskin(RAM) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang bermenafaat rakyat.
Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang hampir 110,000 warga emas di Pulua Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM 100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas. Di samping itu si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM 1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM 20 juta telahpun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas.